Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ini kerana kebanyakan daripada agensi terbabit hanyalah badan bukan kerajaan (NGO) yang mana piawaian mereka agak longgar berbanding apa yang disyaratkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Sebagai contoh di Washington, katanya, ada badan dakwah setempat yang mengeluarkan sijil halal pada komuniti mereka bagi membolehkan orang Islam datang ke kedainya ahlinya.
” Agensi atau badan antarabangsa ini kebanyakannya hanya ‘tengok’ kemudian ‘perakui’ sahaja.
” Ini berbeza dengan kita kerana kita cukup teliti sebelum mengeluarkan sijil halal, kita berkerja sama dengan Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Kesihatan dan banyak lagi, kita periksa betul-betul sebelum membuat pengesahan halal dan mengeluarkan sijil, bukan macam mereka” ujarnya.
sumber: Mynewshub.my
0 ulasan:
Post a Comment